mengundang.my
Log masuk
BM | English

Terma Perkhidmatan mengundang.my

Versi: 2026-12-v2 · Dikemas kini: 21 November 2026

  1. Perkhidmatan. mengundang.my, dimiliki oleh Fadzrol Enterprise, menyediakan kad jemputan digital yang boleh dikongsi melalui pautan di domain mengundang.my.
  2. Akaun. Anda log masuk menggunakan kod OTP yang dihantar ke e-mel anda. Anda bertanggungjawab ke atas akses ke e-mel tersebut.
  3. Pakej, harga dan bayaran. Empat pakej: Percuma (RM0), Yang Perlu Sahaja (asas ditambah fungsi yang dipilih, jumlah tidak melebihi harga pakej Semua — bila mencecah harga itu, kad menjadi pakej Semua), Semua dan Reka Sendiri. Harga semasa dipaparkan di mengundang.my/harga dan sebelum pembayaran (sekali bayar bagi setiap kad, tiada langganan). Bayaran diproses oleh Billplz.
  4. Naik taraf. Anda boleh menambah fungsi atau naik taraf ke Semua bila-bila masa dengan membayar beza. Nilai yang sudah dimiliki dikira mengikut harga senarai, bukan jumlah yang dibayar; diskaun baucar tidak mengurangkan nilai tersebut. Pakej Reka Sendiri tidak boleh ditambah, dinaik taraf atau ditukar ke atau dari pakej lain.
  5. Bayaran balik. Tiada bayaran balik, kecuali bagi caj berganda atau pembayaran berjaya tetapi kad tidak dicipta.
  6. Suntingan. Butiran majlis boleh disunting sehingga tarikh majlis, kecuali tarikh majlis dan maklumat Salam Kaut. Untuk membetulkan medan tersebut, hubungi [email protected].
  7. Tempoh kad. Kad Percuma aktif sehingga sehari selepas tarikh majlis; kad berbayar aktif sehingga 14 hari selepas tarikh majlis, kemudian dimatikan. Data berkaitan dipadam mengikut Notis Privasi.
  8. Tanggungjawab anda. Anda mesti memastikan butiran yang dimasukkan adalah tepat dan anda mendapat izin individu yang nama, nombor telefon atau maklumat DuitNow mereka dipaparkan. Anda tidak boleh memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, menghina atau melanggar hak orang lain.
  9. Kandungan dimuat naik. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang design, imej dan lagu yang dimuat naik, termasuk memastikan mereka memiliki hak atau izin untuk menggunakannya. mengundang.my tidak bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta oleh pengguna. Kami berhak menurunkan atau menyahaktifkan kandungan tersebut tanpa notis awal apabila menerima permintaan daripada pemilik hak cipta atau pihak berkuasa, tanpa sebarang bayaran balik.
  10. Salam Kaut. Kami hanya memaparkan maklumat DuitNow yang anda berikan. Kami tidak memproses, memegang atau menjamin sebarang sumbangan antara tetamu dan pengantin.
  11. Hak milik. Templat, reka bentuk dan perisian kekal milik mengundang.my. Anda diberi hak menggunakan kad untuk majlis anda.
  12. Ketersediaan. Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa tersedia tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan.
  13. Had liabiliti. Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk kad berkenaan.
  14. Penggantungan. Kami boleh mematikan kad yang melanggar terma ini.
  15. Perubahan. Kami boleh mengemas kini terma ini; versi terkini di mengundang.my/terma.
  16. Undang-undang. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Jika terdapat percanggahan antara versi BM dan English, versi BM diguna pakai.

mengundang.my Terms of Service

Version: 2026-12-v2 · Updated: 21 November 2026

  1. Service. mengundang.my, owned by Fadzrol Enterprise, provides digital invitation cards shared via a link on the mengundang.my domain.
  2. Account. You log in with a one-time code sent to your email. You are responsible for access to that email.
  3. Packages, price and payment. Four packages: Percuma (free), Yang Perlu Sahaja (a base plus the features you pick, never more than the Semua price — reaching it makes the card Semua), Semua and Reka Sendiri. Current prices are at mengundang.my/harga and shown before payment (one-time per card, no subscription). Payments are processed by Billplz.
  4. Upgrades. You can add features or upgrade to Semua at any time by paying the difference. What you already own counts at list price, not at the amount paid; a voucher discount does not lower it. Reka Sendiri cannot be added to, upgraded, or changed to or from another package.
  5. Refunds. No refunds, except for duplicate charges or a successful payment where no card was created.
  6. Edits. Event details can be edited until the event date, except the event date and Salam Kaut details. To correct those, contact [email protected].
  7. Card period. Percuma cards stay live until one day after the event date; paid cards until 14 days after, then they are switched off. Related data is deleted as set out in the Privacy Notice.
  8. Your responsibilities. You must ensure the details you enter are accurate and that you have permission from people whose name, phone number or DuitNow details are shown. You must not upload unlawful, misleading, offensive or infringing content.
  9. Uploaded content. You are fully responsible for any design, image or song you upload, including making sure you own it or have permission to use it. mengundang.my is not responsible for any copyright infringement by users. We may take down or deactivate such content without prior notice when we receive a request from the copyright owner or an authority, without any refund.
  10. Salam Kaut. We only display the DuitNow details you provide. We do not process, hold or guarantee any contribution between guests and the couple.
  11. Ownership. Templates, designs and software remain the property of mengundang.my. You are granted the right to use the card for your event.
  12. Availability. We aim to keep the service available but do not guarantee it will be uninterrupted.
  13. Limitation of liability. To the extent permitted by law, our liability is limited to the amount you paid for the card concerned.
  14. Suspension. We may switch off cards that breach these terms.
  15. Changes. We may update these terms; the latest version is at mengundang.my/terma.
  16. Law. These terms are governed by Malaysian law. If the BM and English versions conflict, the BM version prevails.

mengundang.my

Menyatu klasik dan moden.

  • @mengundang.digitalcard
  • @mengundang.digitalcard
  • @mengundang.digitalcard

Hubungi

  • [email protected]

Undang-undang

  • Terma Perkhidmatan
  • Notis Privasi
© 2026 mengundang.myNotis Privasi · TermaFadzrol Enterprise (KT0621922-V)