Notis Privasi mengundang.my
Notis ini dikeluarkan oleh Fadzrol Enterprise (KT0621922-V), pemilik mengundang.my ("kami"), menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Notis ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda.
1. Data yang kami kumpul
- Pelanggan (pengantin): alamat e-mel (untuk log masuk OTP), nama pasangan, nama pada kad, tarikh, masa dan lokasi majlis, nama penjemput, dan rekod pembayaran (nombor rujukan, jumlah, status). Kami tidak menyimpan butiran kad bank atau akaun perbankan anda — pembayaran diproses oleh Billplz.
- Individu yang dipaparkan pada kad: nama, nombor telefon/WhatsApp, dan maklumat DuitNow (ID dan kod QR) yang dimasukkan oleh pelanggan.
- Tetamu: nama atau gelaran (contohnya "Pak Ngah sekeluarga"), status kehadiran, bilangan tetamu dan ucapan. Tetamu tidak perlu memberikan nama penuh atau maklumat peribadi lain.
- Senarai tetamu yang dimuat naik oleh pengantin: nama dan nombor telefon tetamu, dimuat naik oleh pengantin (pengantin mengesahkan mereka mendapat izin tetamu). Tujuannya hanya untuk menghantar jemputan bernama melalui WhatsApp. Senarai ini dikekalkan dan dipadam mengikut tempoh simpanan di bahagian 7, sama seperti data kad yang lain.
- Kandungan dimuat naik: design kad dan lagu yang dimuat naik oleh pengantin, dipaparkan pada kad mereka dan dipadam bersama data kad.
- Pelawat laman: alamat IP, jenis pelayar dan log pelayan untuk tujuan keselamatan; kuki sesi yang diperlukan untuk log masuk.
2. Tujuan
Kami menggunakan data ini untuk: mencipta, memaparkan dan mengurus kad jemputan digital; menguruskan akaun dan log masuk; memproses pembayaran dan mengeluarkan resit; membolehkan pengantin melihat RSVP dan ucapan; memberi sokongan pelanggan; menjaga keselamatan perkhidmatan; mematuhi undang-undang; dan, hanya jika anda bersetuju, menghantar promosi dan baucar.
3. Sumber data
Data diperoleh terus daripada anda, daripada pelanggan (bagi individu yang dipaparkan pada kad), dan daripada tetamu yang mengisi RSVP atau ucapan.
4. Paparan awam
Butiran pada kad (termasuk nombor telefon dan maklumat DuitNow) boleh dilihat oleh sesiapa yang mempunyai pautan kad. Pautan kad mempunyai akhiran rawak dan tidak diindeks oleh enjin carian. Kad dimatikan 14 hari selepas tarikh majlis. Pelanggan bertanggungjawab mendapatkan izin individu yang butirannya dipaparkan.
5. Pendedahan kepada pihak ketiga
Kami tidak menjual data anda. Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami: Billplz (pembayaran), Exabytes (pengehosan pelayan di Malaysia), Cloudflare (rangkaian, keselamatan dan e-mel), Resend (penghantaran e-mel seperti kod log masuk, resit dan notis), dan Google (e-mel dan peta). Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang.
6. Pemindahan ke luar Malaysia
Sebahagian penyedia perkhidmatan (Cloudflare, Resend, Google) memproses data di luar Malaysia. Pemindahan ini perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, dan kami memilih penyedia yang mempunyai langkah perlindungan data yang munasabah.
7. Tempoh simpanan
Kad dimatikan 14 hari selepas majlis. Butiran majlis, RSVP, ucapan, nombor telefon, maklumat DuitNow dan gambar dipadam 90 hari selepas tarikh majlis, kecuali jika anda memilih untuk menyimpannya. Kami akan menghantar e-mel kepada anda sebelum pemadaman (30 hari dan 7 hari sebelum tarikh pemadaman) supaya anda boleh memuat turun senarai tetamu dan ucapan, atau memilih "Simpan data" di papan pemuka anda. Jika anda tidak membuat sebarang pilihan, kami akan menghantar salinan data tersebut (butiran majlis, senarai tetamu dan ucapan) ke e-mel anda sebelum memadamnya. Data yang disimpan kekal sehingga anda memadamnya sendiri atau meminta kami memadamnya. Rekod pembayaran disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang percukaian dan perakaunan. Akaun boleh dipadam atas permintaan.
8. Keselamatan
Kami menggunakan sambungan HTTPS, log masuk kod OTP, kawalan akses pentadbir dan sandaran terenkripsi untuk melindungi data. Tiada sistem yang 100% selamat; jika berlaku pelanggaran data yang boleh menyebabkan kemudaratan ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan pihak yang terjejas seperti dikehendaki undang-undang.
9. Hak anda
Anda berhak untuk: meminta akses dan salinan data anda; membetulkan data yang tidak tepat; menarik balik persetujuan (termasuk untuk promosi); meminta data anda dipindahkan; dan meminta akaun dipadam. Hantar permintaan ke [email protected]. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda.
10. Wajib atau pilihan
E-mel dan butiran majlis adalah wajib untuk mencipta kad. Tanpanya kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan. Nombor telefon, maklumat DuitNow, RSVP dan ucapan adalah pilihan. Persetujuan promosi adalah pilihan sepenuhnya.
11. Hubungi kami
Fadzrol Enterprise (KT0621922-V). E-mel: [email protected].
12. Perubahan notis
Kami boleh mengemas kini notis ini. Versi terkini sentiasa di mengundang.my/privasi. Jika terdapat percanggahan antara versi BM dan English, versi BM diguna pakai.
mengundang.my Privacy Notice
This notice is issued by Fadzrol Enterprise (KT0621922-V), owner of mengundang.my ("we"), under the Personal Data Protection Act 2010. It explains how we collect, use and protect your personal data.
1. Data we collect
- Customers (couples): email address (for OTP login), couple's names, name on card, event date, time and venue, names of hosts, and payment records (reference number, amount, status). We do not store your bank card or bank account details — payments are processed by Billplz.
- People shown on a card: name, phone/WhatsApp number, and DuitNow details (ID and QR code) entered by the customer.
- Guests: a name or nickname (e.g. "Pak Ngah sekeluarga"), attendance, number of guests and wishes. Guests do not need to give their full name or any other personal information.
- Guest lists uploaded by couples: guests' names and phone numbers, uploaded by the couple (who confirm they have the guests' permission), used only to send named invitations on WhatsApp, and kept and deleted under the retention rules in section 7, like the rest of the card's data.
- Uploaded content: card designs and songs uploaded by couples, shown on their card and deleted with the card's data.
- Site visitors: IP address, browser type and server logs for security; a session cookie required for login.
2. Purposes
We use this data to: create, display and manage digital invitation cards; manage accounts and login; process payments and issue receipts; let couples view RSVPs and wishes; provide customer support; keep the service secure; comply with the law; and, only if you agree, send promotions and vouchers.
3. Source of data
Data is obtained directly from you, from customers (for people shown on a card), and from guests who submit an RSVP or wishes.
4. Public display
Card details (including phone numbers and DuitNow details) are visible to anyone with the card link. Card links include a random suffix and are not indexed by search engines. Cards are switched off 14 days after the event date. Customers are responsible for obtaining permission from people whose details are shown.
5. Disclosure to third parties
We do not sell your data. Data is shared only with service providers that help us run the service: Billplz (payments), Exabytes (server hosting in Malaysia), Cloudflare (network, security and email), Resend (sending emails such as login codes, receipts and notices), and Google (email and maps). We may also disclose data where required by law.
6. Transfers outside Malaysia
Some providers (Cloudflare, Resend, Google) process data outside Malaysia. These transfers are necessary to provide the service to you, and we choose providers with reasonable data protection safeguards.
7. Retention
Cards are switched off 14 days after the event. Event details, RSVPs, wishes, phone numbers, DuitNow details and photos are deleted 90 days after the event date, unless you choose to keep them. We will email you before deletion (30 days and 7 days before the deletion date) so you can download your guest list and wishes, or choose "Keep data" in your dashboard. If you make no choice, we will email you a copy of that data (event details, guest list and wishes) before deleting it. Kept data stays until you delete it yourself or ask us to delete it. Payment records are kept for the period required by tax and accounting laws. Accounts can be deleted on request.
8. Security
We use HTTPS, one-time-code login, admin access controls and encrypted backups to protect data. No system is 100% secure; if a data breach likely to cause significant harm occurs, we will notify the Personal Data Protection Commissioner and affected individuals as required by law.
9. Your rights
You may: request access to and a copy of your data; correct inaccurate data; withdraw consent (including for promotions); ask for your data to be transferred; and ask for your account to be deleted. Send requests to [email protected]. We will respond within 21 days and may need to verify your identity.
10. Obligatory or optional
Email and event details are required to create a card; without them we cannot provide the service. Phone numbers, DuitNow details, RSVPs and wishes are optional. Consent to promotions is entirely optional.
11. Contact us
Fadzrol Enterprise (KT0621922-V). Email: [email protected].
12. Changes
We may update this notice. The latest version is always at mengundang.my/privasi. If the BM and English versions conflict, the BM version prevails.